Asas Gitar Fingerstyle
Maklumat kursus
Kursus 《Asas Fingerstyle Guitar》 ialah program pembelajaran fingerstyle yang disusun secara sistematik dan berperingkat, sesuai untuk pemula yang ingin belajar dari asas dengan cara yang betul.Anda akan mempelajari teknik asas fingerstyle, kawalan jari, corak petikan,gabungan melodi dan kord, serta cara memainkan lagu secara solo fingerstyle dengan bunyi yang lebih kemas dan ekspresif.Setiap modul diajar langkah demi langkah, daripada teknik paling asas hingga aplikasi dalam lagu,supaya anda faham apa yang anda main dan boleh belajar sendiri tanpa rasa keliru,serta membina asas fingerstyle yang kukuh untuk terus berkembang ke peringkat seterusnya.
Maklumat Guru
Saya merupakan guru muzik berpengalaman sejak tahun 1995 dengan pengkhususan dalam gitar fingerstyle, classical, pop dan modern guitar. saya memegang ijazah sarjana muda muzik dari Universiti Teknologi Mara.Berpengalaman mengajar pelajar pelbagai peringkat umur di sekolah muzik swasta serta institusi pengajian tinggi. Pendekatan pengajaran menekankan teknik yang betul, pemahaman muzik, dan cara membina gaya permainan yang matang.
Kandungan kursus
Kursus ini berdurasi 3 jam 31 minit dengan 20 video, direka untuk membawa anda dari kosong hingga menguasai asas fingerstyle guitar.Anda akan belajar posisi badan dan tangan, teknik P–i–m–a, kawalan tone, koordinasi tangan kiri dan latihan independence jari, serta mengaplikasikannya melalui lagu-lagu fingerstyle asas.Selepas kursus, anda bukan sahaja boleh bermain lagu, tetapi juga memahami cara jari bekerja, membina bunyi yang kemas dan seimbang, serta mempunyai keyakinan untuk berlatih dan berkembang dalam fingerstyle guitar.
- Pengenalan teknik fingerstyle
- Posisi tangan kanan & kiri yang betul
- Asas thumb independence
- Corak petikan asas hingga lanjutan
- Gabungan melodi dan kord
- Teknik bass + melody serentak
- Latihan koordinasi jari
- Susunan lagu fingerstyle langkah demi langkah
- Latihan lagu praktikal
- Tips tone dan ekspresi permainan
Sesuai untuk
- Pemain gitar asas yang mahu masuk ke fingerstyle
- Pelajar yang sudah tahu kord asas dan strumming
- Guru muzik yang mahu tambah modul pengajaran
- Pemain gitar yang mahu main solo arrangement
- Self-learner yang mahu belajar secara sistematik
Apa yang anda boleh dapatkan
- Kefahaman teknik fingerstyle yang betul
- Kawalan jari yang lebih kuat dan tepat
- Keupayaan main melodi + bass serentak
- Susunan lagu fingerstyle yang lengkap
- Kaedah latihan berperingkat
- Peningkatan tone dan musical expression
- Keyakinan bermain solo guitar
Ciri-ciri kursus
- Modul berperingkat (step-by-step)
- Video close-up tangan kanan & kiri
- Nota & tab disediakan
- Contoh latihan praktikal
- Penerangan teknik secara terperinci
- Sesuai untuk pembelajaran kendiri
- Fokus hasil bunyi yang kemas dan profesional

